Sekiranya kami bercadang untuk nikah di Thailand/ Siam, apa persiapan yang kami perlu buat?
|
Sekiranya pasangan bercadang untuk bernikah di Thailand, sila maklumkan pada pihak kami tarikh untuk nikah sekurang-kurangnya satu hari lebih awal. Sediakan passport antarabangsa terlebih dahulu untuk memasuki negara Thailand/ Siam. Pihak kami akan sediakan pengangkutan serta penginapan mengikut pakej yang telah dipilih oleh pasangan.
|
Bagaimana proses pernikahan akan dijalankan?
|
Pasangan akan dibawa dari Imigresen Bukit Kayu Hitam menuju ke Majlis Agama Islam Songkhla. Urusan akad nikah adalah dalam Bahasa Melayu dan lafaz akad nikah juga adalah seperti majlis akad nikah di Malaysia. Selesai urusan nikah, pasangan akan terus dibawa ke Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla, kemudian bermalam di Hatyai atau Songkhla. Keesokan harinya kami akan menjemput pasangan dari hotel dan terus ke Pejabat Konsulat Malaysia untuk mengambil surat pengesahan. Setelah selesai semua urusan, pasangan akan pulang semula ke Malaysia bersama kami.
|
Berapakah harga untuk pakej VVIP pernikahan di Thailand/ Siam?
|
Untuk pakej pernikahan di Thailand, kami kenakan bayaran sebanyak Rm3,000. Bayaran ini adalah termasuk kos pengangkutan & penginapan hotel bertaraf 4/5 bintang, bayaran di Majlis Agama Islam Thailand, bayaran di Pejabat Konsulat, fotostat dokumen serta makan tengah hari untuk pasangan. Termasuk semua bayaran berkaitan urusan pernikahan. Tiada sebarang bayaran tambahan.
|
Sekiranya kami memilih untuk pakej nikah balik hari pula, berapa bayarannya?
|
Untuk pakej nikah balik hari yang sama kami kenakan bayaran sebanyak Rm2,800. Tiada sebarang bayaran tambahan.
|
Bolehkah kami dapatkan sijil nikah & surat pengesahan konsulat dalam masa satu hari?
|
Tidak boleh. Urusan nikah boleh selesai dalam masa satu hari sahaja. Namun, Pejabat Konsulat meletakkan syarat bahawa setiap surat pengesahan nikah hanya akan dikeluarkan dalam masa dua hari bekerja. Sekiranya borang permohonan dihantar pada hari Isnin, surat pengesahan tersebut boleh diambil pada hari Selasa keesokan harinya. Sekiranya borang permohonan dihantar pada hari Jumaat, maka pasangan perlu menunggu sehingga hari Isnin untuk mendapatkan surat pengesahan konsulat tersebut.
|
Bolehkah kami bernikah pada hari Sabtu, Ahad atau Cuti Umum?
|
Boleh. Pasangan boleh memilih untuk pakej nikah balik hari yang sama. Selepas selesai urusan nikah, pasangan boleh terus pulang ke Malaysia. Semua dokumen nikah yang asal boleh di bawa pulang bersama.
|
Bolehkah kami bernikah di Thailand/ Siam dan kami tidak mahu mendaftarkan pernikahan kami di Malaysia?
|
Boleh. Namun, pasangan dinasihatkan untuk mendaftar di Malaysia untuk jaminan masa hadapan suami isteri serta anak-anak (pembahagian nafkah, harta pusaka dan sebagainya). Pendaftaran nikah luar negara boleh di buat pada bila-bila masa sahaja.
|
Bagaimana prosedur pendaftaran nikah di Malaysia? Adakah kami perlu bayar denda?
|
Untuk proses pendaftaran nikah di Malaysia, pasangan perlu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah (bagi kes pernikahan pertama) atau ke Mahkamah Tinggi Syariah (bagi kes poligami) untuk urusan pengesahan nikah luar negara. Setelah selesai urusan perbicaraan, mahkamah akan mengeluarkan surat perintah untuk tujuan pendaftaran. Sila bawa perintah mahkamah tersebut ke Pejabat Agama Islam Daerah untuk tujuan pendaftaran. Bawa bersama semua dokumen yang asal. Sementara denda pula bergantung kepada pihak pendakwaan. Sekiranya pendakwaan dibuat, pasangan perlu membayar denda. Sekiranya tidak ada sebarang pendakwaan dibuat, pasangan tidak akan dikenakan sebarang denda. Semua ini bergantung kepada pihak pendakwaan.
|
Adakah kemungkinan pernikahan di Thailand/ Siam tidak sah?
|
Kemungkinan besar pernikahan adalah tidak sah sekiranya pasangan tersebut dinikahkan oleh Imam Jurunikah yang tidak mendapat pengiktirafan dari kerajaan Malaysia ataupun pernikahan tersebut dilangsungkan di luar Majlis Agama Islam Thailand yang diikttiraf (Songkhla, Satun, Pattani, Yala & Narathiwat sahaja). Pasangan perlu memastikan bahawa Imam Jurunikah tersebut mendapat pengiktirafan dari kerajaan Malaysia (senarai Imam Jurunikah tersebut boleh didapati di Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri serta Mahkamah Syariah seluruh Malaysia).
|
Adakah akad nikah boleh dilakukan dua kali dengan pasangan yang sama. Contohnya begini; Saya dan pasangan telah bernikah di luar negara dan perkara ini tidak diketahui oleh keluarga kami. Jadi, kami telah bernikah sekali lagi di tanah air agar rahsia kami tidak diketahui oleh keluarga kami. Adakah kami boleh melakukan akad nikah dua kali?
|
Menurut fatwa ulamak, tidak ada tegahan untuk mengulangi aqad yang telah sah sama ada untuk tujuan pengisytiharan, memenuhi prosedur rasmi atau sebagainya. Para fuqahak dalam kitab-kitab Fiqh, dalam bab mahar (mas kahwin); mereka membahaskan mahar yang mana yang akan dipakai jika ada dua mahar berbeza yang disebut; satu dalam aqad yang dibuat secara tertutup dan satu dalam dalam aqad secara terbuka. Sebagai contohnya, pandangan dalam mazhab Syafi’ie; jika kali pertama ‘aqad dijalankan secara tertutup dengan menyebut mahar RM1000 dan kemudian diulangi aqad secara terbuka (untuk pengisytiharan) dengan menyebut mahar RM2000, mahar yang dipakai ialah yang disebut dalam aqad pertama iaitu RM1000”. (al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah, 4/161). Para fuqahak dalam perbahasan tersebut tidak mempersoalkan tentang pengulangan aqad, tetapi mempersoalkan tentang mahar mana yang hendak dipakai. Ini memberi maksud bahawa mereka mensepakati bahawa pengulangan aqad tidak dilarang atau ditegah oleh Syarak.
|
Sekiranya kami pulang ke Malaysia hanya dengan sijil nikah dari Siam / Thailand, adakah kami boleh ditangkap khalwat?
|
Pasangan yang mempunyai sijil nikah yang sah tidak boleh disabitkan atas kesalahan khalwat. Berdasarkan pengalaman saya semasa berkhidmat di Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kes khalwat hanya boleh disabitkan sekiranya mana-mana pasangan yang berdua-duaan tanpa apa-apa dokumen nikah yang sah. Bagi pasangan yang mempunyai sijil nikah yang sah dari dalam negara (Malaysia) atau luar negara (Thailand, Indonesia & sebagainya) tidak boleh sama sekali disabitkan atas kesalahan khalwat.
|